Thursday 22 August 2019

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT JEPUN

Pakaian tradisional Jepun sentiasa menjadi topik hangat di kalangan peminat etnik dan budaya, termasuk juga pelancong. Cara rakyat di Jepun mengenakan pakaian tradisional telah lama menjadi tanda tanya bagi sesiapa yang meminatinya.

Kimono dan yukata adalah dua pakaian tradisional yang biasa dipakai di negara Jepun. Kimono adalah pakaian tradisional paling popular di sini, tetapi ada juga pakaian tradisional yang lain yang dipakai oleh orang Jepun. Kimono dipakai dengan jenis yang berbeza bagi setiap acara sama ada formal mahupun kasual. Hal ini telah menjadikan pakaian tradisional Jepun sangat menarik untuk diketahui.

Di sini terdapat beberapa jenis pakaian tradisional Jepun yang masih dipakai sehingga hari ini :

1. Hakama


Hakama merupakan pakaian tradisi bagi lelaki. Hakama sering dipakai oleh masyarakat Jepun pada zaman dahulu dalam bidang pertukangan, pertanian dan ahli akademik dengan gaya pemakaian yang berbeza. Namun, pada masa kini, wanita di Jepun juga turut memakai Hakama sama ada dipakai untuk seni mempertahankan diri atau sebagai pakaian rasmi.

2. Obi



Obi pula dipakai dengan pelbagai jenis pakaian tradisional seperti kimono. Obi ialah sejenis kain ikat yang digunakan olek kedua-dua jantina. Ia dapat diikat dengan pelbagai jenis ikatan (musubi) dan setiap ikatan mempunyai makna yang tersendiri. Pada zaman dahulu, ikatan ini dipercayai untuk menjaga roh-roh jahat. Pakaian ini juga boleh dipakai bersama dengan pakaian seragam seni mempertahankan diri. Warna Obi akan melambangkan pangkat seseorang individu.

3. Kimono



Kimono merupakan jubah panjang yang diperbuat daripada sutera, dipakai oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Lelaki akan lebih cenderung memakai kimono ringkas bewarna hitam atau coklat, manakala bagi wanita pula terdapat pelbagai reka bentuk yang berbeza. Daripada 9 hingga 10 gaya kimono yang berbeza, seorang wanita akan memilih satu bergantung kepada faktor seperti umur, status perkahwinan, jenis dan warna pakaian yang digunakan, simbolisme dan jenis majlis. Kimono yang diperbuat daripada kain bulu biri-biri akan dipakai lebih kerap semasa musim sejuk. Kimono hitam pula akan dipakai untuk pengebumian oleh kedua-dua jantina.


4. Yukata


Yukata merupakan sejenis pakaian kasual dalam versi kimono. Kain yukata biasanya diperbuat daripada fabrik seperti kapas. Pakaian ini dipakai oleh rakyat Jepun selepas mandi dan ia banyak terdapat di rumah-rumah tumpangan Jepun.

5. Hiyoku



Hiyoku merupakan jubah kimono. Namun ia dipakai di belah luar kimono. Dari segi sejarahnya, kimono dipakai sehingga 20 lapisan untuk majlis-majlis formal dan sehingga 5 lapisan untuk kehangatan. Lapisan kimono melibatkan banyak simbolidma tetapi sebahagian besar dari seni ini telah hilang.